Pages

September 27, 2011

Risiko Kegemukan Bagi Wanita


Kegemukan merupakan antara faktor seseorang wanita berisiko terjadinya kanser endometrium (selaput dinding rahim), kerana lapisan lemak badannya mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi. Sebagai langkah pencegahan, jagalah diet anda dan rajin-rajinlah melakukan senaman. Mencontohi cara makan Rasulullah SAW amat berkesan terhindar pelbagai jenis penyakit.

September 26, 2011

Jaga Tulang Belakang


Lelaki yang suka meletakkan dompet (wallet) di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.

Elak Badan Lesu


Bagi mengatasi rasa mengantuk dan lesu selepas makan tengahari, cuba elakkan meminum air sejurus selepas makan, tapi minumlah 1 jam selepas makan. InsyaAllah, tubuh badan akan terus bertenaga.