Pages

October 1, 2015

Khasiat dan Kelebihan SPIRULINA


www.facebook.com/herbacantikdansihat
Spirulina atau nama saintifiknya Athospira platensis merupakan sejenis rumpai laut bewarna biru kehijauan yang mengandungi zat nutrisi yang tinggi. Warna hijau pada spirulina menunjukkan kandungan klorofil yang berfungsi sebagai penyahtoksik dalam tubuh. Selain menjadi sumber makanan kesihatan segera, ia juga digunakan untuk tujuan perawatan dan perubatan bagi meningkatkan tahap kesihatan seseorang.


Terdapat beberapa nutrien penting dalam spirulina iaitu gamma-linolenic acid (GLA), linolenic dan arachidonic acids, vitamin B12, zat besi, kandungan protein yang tinggi sehingga 60-70 peratus, essential amino acids, nucleic acids RNA dan DNA, chlorophyll, dan phycocyanin.


Pengambilan spirulina sangat bermanfaat kepada mereka yang mempunyai hypoglycaemia kerana kandungan protein yang tinggi membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. Selain daripada membekalkan nutrien kepada mereka yang mengalami masalah cepat penat, kekurangan tenaga khususnya warga emas, spirulina secara tidak langsung membantu membendung selera makan dan menjadikan seseorang yang berpuasa sentiasa kekal bertenaga.

Antara kelebihan spirulina adalah seperti berikut:
  • Membantu dalam sistem imunisasi tubuh. 
  • Meningkatkan pertumbuhan lactobacillus yang terdapat  dalam usus bagi membantu proses pencernaan. 
  • Membantu dalam penyembuhan luka luar juga dalaman. 
  • Membekalkan zat dan mineral. 
  • Membantu mengatasi kelemahan tubuh badan. 
  • Sebagai bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak gemarkan sayuran hijau.
Antara zat dan mineral yang terdapat dalam spirulina secara semulajadinya adalah:

  • βeta Karotin untuk memperbaiki penglihatan.  
  • Vitamin B12 untuk membantu pembentukan sel darah merah.  
  • Zat Besi bagi menguatkan sel darah merah dalam sistem pertahanan badan.  
  • Karotenoids yang berfungsi sebagai antioksidan. 


Hisham Mohamad
Herbalist

September 7, 2015

Khasiat Dan Kelebihan Halia

Halia Makan dan Halia Bara (Merah)
Halia atau rizom halia merupakan sejenis herba yang tidak asing bagi masyarakat di seluruh dunia terutama dalam dunia masakan, kerana herba ini sering digunakan ketika memasak bagi menambahkan kelazatan dan menaikkan aroma masakan tersebut. Selain itu, halia juga digunakan secara tradisional untuk tujuan perubatan dan perawatan bagi sesuatu penyakit.

Rizom halia yang dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Zingiber officinale daripada famili Zingiberaceae mempunyai khasiat dan kelebihan yang istimewa sehingga disebut oleh Allah SWT dalam Al Quran Surah Al Insan 76:17:

"Mereka diberi minum dengan piala berisi arak yang campurannya ialah halia."

Walaupun halia disebut dalam Al Quran, tetapi herba ini tidak ditanam di negara-negara Arab, malah yang menjadi pengeluar utama halia ialah India, China, Nigeria, Indonesia dan Thailand.

Halia Makan dan Halia Bara (Merah)

Terdapat dua jenis halia yang menjadi kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat iaitu halia makan dan halia bara (merah). Halia makan atau juga disebut halia hidup mempunyai rizom yang berwarna kekuningan dan rasanya yang pedas. 

Halia bara (merah) dikenali juga dengan nama halia merah kerana rizomnya yang bewarna kemerahan. Saiznya hampir sama dengan halia makan cuma lebih kecil sedikit dan rasa serta baunya lebih kuat berbanding halia biasa.

Di Nusantara, halia bara (merah) ini digunakan dalam perawatan dan perubatan serta penghasilan produk makanan kesihatan. Selain itu, halia makan juga boleh digunakan untuk merawat sesuatu penyakit, tetapi yang terbaiknya menggunakan rizom dari jenis yang tua.

Kandungan Nutrien dan Fitokimia Halia

Halia mengandungi nutrien dan senyawa aktif seperti gingerol, zingerone, 1-dehydrogingerdione, 6-gingesulfonic acid, shogaol, karbohidrat, palmitic acid, oleic acid, linoleic acid, caprylic acid, capric acid, lauric acid, myristic acid, pentadecanoic acid, heptadecanoic acid, stearic acid, linilenic acid, lesitin, gingerglycolipids (A, B, C).

Tambahan itu, halia juga mengandungi asid amino (arginine, aspartic acid, cystein, glycine, isoleucin, leucine, serine, threonine, valine), protein, resin, diterpene, mineral dan vitamin A serta niacin. Kandungan minyak asirin di dalamnya terdapat zingiberene, B-bisabolene, singiberol, zingiberenol, ar-curcumene dan beberapa bentuk aldehid (phellandrene, camphene, geraniol, neral, linalool dan d-nerol).

Khasiat dan Kelebihan Halia

Halia bersifat menghangatkan. Jika perut tidak cukup pemanasan, maka akan sukar untuk proses pencernaan. Seseorang yang suka makanan yang mengandungi santan, adalah dinasihatkan untuk mengamalkan apa-apa makanan yang mempunyai halia. 

Pengkajian dan penyelidikan telah menunjukkan  bahawa halia mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti antioksidan, antivirus, antiperadangan, antiangiogenesis, antimual, antipembengkakan, antirematik, antikanser dan hipoglikemik (menurunkan tekanan darah). 

Terdapat banyak khasiat dan kelebihan halia jika disenaraikan satu persatu antaranya ialah:

1. Membantu membersihkan usus
2. Membantu proses pencernaan
3. Meningkatkan kekuatan seksual
4. Meningkatkan pengeluaran sperma
5. Mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut
6. Menstabilkan hati dan perut yang dingin
7. Membantu membuang bau badan
8. Menambah daya ingatan
9. Bersifat karminatif iaitu bahan perangsang dan pembasmi kuman
10. Menyegarkan dan menguatkan urat saraf
11. Mencairkan kahak
12. Melancarkan perjalanan darah
13. Merangsang pengeluaran adrenalin
14. Mengelakkan darah beku yang menyebabkan saluran darah tersumbat
15. Merendahkan kolesterol dalam tubuh
16. Melegakan dan mengurangkan kekejangan perut akibat makan terlalu banyak
17. Mengatasi sakit kepala

PERHATIAN! Kepada Ibu Yang Mengandung

Walaupun halia mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tetapi ibu yang mengandung perlu berhati-hati dalam pengambilannya secara berlebih-lebihan, kerana halia juga bersifat peluruh iaitu boleh menyebabkan keguguran.

Al faqir ilallah;
Hisham Mohamad
Herbalist










__________________________________
Al Quranul kareem
Dr, Faszly Rahim, Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Prof. Dr. Aminah Abdullah, 2015. Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam. Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Herbal Indonesia Berkhasiat Vol.08, 2010. Pt Trubus Swadaya: Indonesia
Ibnu Qayyim Al Jauziyah, 2013. Perubatan Rasulullah SAW. Al Hidayah House Publishers Sdn. Bhd. Batu Caves
James F. Balch, M.D., Phyllis A. Balch, C.N.C., 1997. Prescription for Nutritional Healing, Second Edition. Avery Publishing Group: New York

September 4, 2015

Bekam (Al Hijamah) Untuk Sakit Kepala

cliparts.co

Sakit kepala sering dialami oleh kebanyakan orang tidak mengira usia, ada di kalangan kanak-kanak, remaja, dewasa dan lanjut usia. Apabila seseorang itu mengalami sakit kepala, maka akan menyebabkan ia sukar untuk melakukan sebarang pekerjaan, malah seseorang itu boleh terjatuh secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan kecederaan.

Sebab Sakit Kepala
Pelbagai sebab mengapa seseorang itu boleh mengalami sakit kepala antaranya adalah stress, tension, kebimbangan terhadap sesuatu perkara, sembelit, masalah usus, gangguan otak, pengambilan kopi, dehidrasi, terlalu lapar, hormon yang tidak seimbang, masalah angin yang berlebihan, pengambilan minuman keras, demam, pencemaran udara, asap rokok, bau perfume, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, anemia, hypoglycemia, masalah psikologi, menstruasi, kekurangan vitamin B, kurang tidur, sakit gigi, penyakit mata, hidung dan tekak.

Seseorang yang mengalami sakit kepala secara kerap mungkin bertindakbalas terhadap sesuatu pengambilan makanan tertentu seperti bahan pengawet makanan, perisa tambahan, bahan pewarna, monosodium glutamate (MSG), produk tenusu, coklat, keju, gula dan makanan segera.

Sakit Kepala dan Migraine

Pakar-pakar perubatan menganggarkan bahawa kira-kira 90 peratus daripada semua sakit kepala merupakan ketegangan dan 6 peratus adalah migraine. Ketegangan sakit kepala adalah disebabkan oleh ketegangan pada otot. Migraine disebabkan oleh gangguan dalam peredaran darah ke otak. Selain itu, terdapat satu lagi jenis sakit kepala yang dikenali sebagai  cluster headache iaitu sakit kepala yang berulang-ulang.

Rawatan dan Terapi

Jika seseorang sedang mengalami sakit kepala, maka elakkan daripada pengambilan coklat, keju dan rokok. Hal ini kerana, ianya akan menambahkan lagi sakit kepala tersebut.

Selain itu, penghidap sakit kepala boleh mengamalkan latihan pernafasan secara dalam (deep-breathing) di samping melakukan senaman-senaman secara rutin harian. Kekurangan oksigen juga boleh menyebabkan sakit kepala. 

Rawatan dan terapi yang sangat baik yang disyorkan kepada penghidap sakit kepala ialah terapi Al Hijamah (bekam) iaitu berbekam di bahagian kepala pada point nombor 1 yang dinamakan sebagai ummu mughits dan disusuli dengan berbekam pada bahagian belakang badan. Kemudian, terapi ini disinergikan pula dengan pengambilan herba-herba tertentu.


Semoga semua penghidap sakit kepala ini akan diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.


Al faqir ilallah,
Hisham Mohamad
Herbalist 







SEBARANG PERTANYAAN ATAU UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI RAWATAN, 
SILA HUBUNGI: 
HOTLINE: +6 017-936 1721

August 18, 2015

Manfaat & Fungsi Kolagen


Apakah Itu Kolagen? 

Kolagen merupakan sejenis protein yang diperlukan oleh tubuh sebagai pembangun atau penguat kepada tulang, sendi, otot, gigi dan kulit. Ia terbina daripada rantaian asid amino.

Sumber Kolagen

Sumber kolagen boleh didapati daripada haiwan seperti khinzir, lembu, ayam, arnab dan ikan. Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa kolagen boleh didapati daripada sumber tumbuhan seperti rumpai laut, spirulina dan kacang soya. Sejauh mana kebenaran pendapat-pendapat ini adalah berdasarkan kepada pengkajian-pengkajian terkini yang berjaya membuktikannya jika ada. Selain itu, sumber lain kolagen adalah daripada plasenta manusia.

Penggunaan kolagen daripada pelbagai sumber untuk menghasilkan sesuatu produk khususnya dalam industri kosmetik dan kecantikan serta kesihatan adalah bergantung kepada syarikat-syarikat pengeluar produk tersebut. Ada syarikat yang menggunakan daripada sumber yang halal, begitu juga sebaliknya. Oleh itu, sebagai pengguna Muslim, maka mestilah berwaspada dan berhati-hati untuk mendapatkan sesuatu produk yang menggunakan kolagen supaya terhindar daripada produk yang bersumberkan yang haram. Mencari yang halal itu suatu kefardhuan.

Selain daripada aspek halal dan haram, sumber kolagen juga mempunyai kelasnya yang tersendiri, ada yang mudah didapati seperti daripada khinzir, lembu, ayam dan arnab, tetapi kebiasaannya penggunaan kolagen daripada sumber-sumber ini lebih murah berbanding penggunaan kolagen daripada sisik ikan kerana ianya memerlukan teknologi yang tinggi untuk memprosesnya.

Dunia moden hari ini lebih memfokuskan penggunaan kolagen untuk tujuan kecantikan, justeru tidak hairanlah terdapat pelbagai promosi produk kolagen yang memaparkan gambar-gambar kulit wajah yang begitu banyak di pasaran. Ini kerana, masyarakat khususnya golongan wanita masing-masing ingin kelihatan cantik, anggun dan berkeyakinan diri.

Keistimewaan penggunaan kolagen ini bukan sahaja untuk tujuan kecantikan semata-mata tetapi untuk kesihatan juga. Jika seseorang itu menggunakan kolagen untuk tujuan penjagaan kesihatan, maka secara tidak langsung ia akan mendapat bonus kecantikan untuk dirinya. Begitulah unik dan hebatnya ciptaan Allah SWT untuk hamba-hambanNya.

Fungsi Kolagen

Kolagen adalah suatu keperluan untuk pembentukan tubuh badan. Antara fungsinya ialah:

1. Membentuk struktur tulang yang kuat
2. Membentuk tulang rawan dan tisu penghubung
3. Membina salur darah yang tahan apabila darah dipam pada tekanan tinggi bagi mengelakkan dinding arteri daripada pecah
4. Komponen utama bagi pembentukan tendon di mana kolagen berfungsi menghubungkan otot dan tulang.
5. Salah satu daripada komponen kornea  mata dan saluran pencernaan.

Manfaat Kolagen

Kolagen bukan sahaja untuk kecantikan, malah untuk kesihatan dan kelangsingan.

1. Nutrisi antipenuaan
2. Merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
3. Suplemen pelbagai fungsi
4. Memperbaiki konsenstrasi hydroxyproline
5. Membantu tidur dan meningkatkan prestasi
6. Meningkatkan pembentukan otot
7. Menyokong baik pulih tisu penyokong terutamanya pada sendi
8. Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan.
9. Merupakan bahan protein yang baik untuk olahragawan
10. Mempercepat proses pemulihan kecederaan
11. Meningkatkan kewaspadaan mental
12. Membentuk dan menegangkan badan
13. Penurunan berat badan
14. Menguatkan rambut serta kuku
15. Menegangkan kulit sekaligus melambatkan penuaan

 RADIX Cocoa Collagen
 Untuk Pesanan & Pembelian, Sila WhatsApp: +6 017-936 1721
Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD


___________________________________
Sumber Rujukan: 
Dr, Faszly Rahim, Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Prof. Dr. Aminah Abdullah, 2015. Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam. Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

July 31, 2015

RADIX Cocoa Collagen


 
Video: RADIX Cocoa Collagen

KELEBIHAN KOLAGEN

▪ Pemutihan kulit muka termasuk kulit badan
▪ Menghilangkan tompok hitam
▪ Tona kulit muka sekata dan putih
▪ Kulit menjadi licin dan lembab
▪ Badan cergas dan  bertenaga
▪ Membaiki kulit rosak
▪ Mengecutkan jerawat
▪ Sesuai untuk ibu yang menyusu
▪ Rawatan kulit kering dan bersisik
▪ Anti penuaan
▪ Baik untuk lelaki dan wanita
▪ Menjaga keanjalan kulit
▪ Baik untuk mata
▪ Kulit terbakar
RADIX Cocoa Collagen menjadikan badan sedikit panas  membakar lemak dan menjadi slim serta menghilangkan selulit. Peredaran darah lancar ke muka menjadikan muka cerah dan berseri. TERBUKTI.
▪ Selepas 1 jam terasa badan panas
▪ Ini kebaikan untuk peredaran darah
▪ Pengambilan RADIX Cocoa Collagen menyebabkan muka tidak hitam jika berjemur dalam panas
▪ Mood menjadi lebih baik

TESTIMONI


Sebungkus mengandungi 14 sachet x 26g

PRODUK: RADIX Cocoa Collagen
HARGA: RM55.00
KOS PENGHANTARAN
Semenanjung: RM6
Sabah/Sarawak: RM10.60 
*Penghantaran ke seluruh Malaysia  
UNTUK PEMBELIAN PRODUK INI, SILA:
 +6 017-936 1721

July 28, 2015

Kegunaan Minyak But-But Untuk Seisi Keluarga

Pelbagai kegunaan Minyak But-But sesuai untuk semua peringkat umur. Minyak yang tidak panas dan mudah menyerap. Pastikan 1 keluarga memiliki sekurang-kurangnya sebotol Minyak But-But. 





PRODUK: MINYAK BUT-BUT     HARGA: RM20.00 
KOS PENGHANTARAN:
Semenanjung : RM6
Sabah/Sarawak: RM10      
*Penghantaran ke seluruh Malaysia 
UNTUK PEMBELIAN PRODUK HERBA INI, SILA:
+6 017-936 1721

June 28, 2015

Kopi RADIX Halia


Pengenalan
Halia merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya di India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean. 

Halia mengandungi Air, Karbohidrat, Serat, Kalium, Fosforus, Kalsium, Tenaga, Protein, Gentian, Niasin, Asid Amino, Gingerols, Oleoresin, Pati Minyak, Vitamin A, B dan C, Lemak dan Asid Organik

RADIX Halia Untuk Rawatan: 
 1.   Asma
2.       Sakit Perut
3.       Rheumatism
4.       Pengaliran Darah Bermasalah
5.       Mati Pucuk
6.       Lemah Tenaga Batin
7.       Keracunan Udang
8.       Badan Kesejukan
9.       Sakit Pinggang
10.   Urat Saraf Lemah
11.   Mabuk Kenderaan
12.   Batuk Kering
13.   Kejang
14.   Buang Air Berlendir
15.   Darah Haid Berbau Hamis
16. Banyak Angin Dalam Badan
17. Sakit Kepala
18. Sistem Pencernaan Bermasalah
19. Muntah
20. Cirit-Birit

Kelebihan RADIX Halia
1.       Memanaskan Tubuh
2.       Membantu Proses Pencernaan
3.       Melembutkan Dinding Perut
4.       Meningkatkan Kekuatan Seks
5.       Angin Medu
6.       Menghilangkan Lendir
7.       Pelawas
8.       Meningkatkan Pengeluaran Sperma
9.       Menambah Daya Ingatan
10.   Membuang Bau Badan
11.   Menolak Bahaya Makanan Berat dan Berangin Keluar Dari Tubuh
12.   Mengandungi Chromium, Magnesium dan Zinc Yang Boleh Membantu Untuk Memperbaiki Aliran Darah
13.   Membantu Mengelakkan Kesejukan
14.   Demam dan Peluh Berlebihan
15.   Mengatasi Kes Mabuk Pagi dan Ketidakselesaan Perut Sebanyak 75%
16.   Merangsang Rembesan Enzim Gastrik
17.   Merangsang Perut dan Rembesan Enzim Pankreas Yang Membantu Penyerapan Nutrien
18.   Pencegahan Demam dan Selsema
19.   Sebagai Rawatan Semulajadi Untuk Demam dan Selsema di Seluruh Asia
20.   Mengurangkan Keradangan Seperti Juga Aspirin dan Ibuprofen  
21.   Melambatkan Pertumbuhan Sel-Sel Kanser Colorectal / Usus
22.   Mengandungi Bahan-Bahan Anti Radang Yang Paling Mujarab
23.   Merupakan Ubat Penahan Sakit Semulajadi Yang Kuat
24.   Penyakit Pernafasan Biasa Seperti Batuk
25.   Halia Membantu Dalam Mengembangkan Paru-Paru
26.   Mencairkan Kahak
27.   Expectorant Semulajadi
28.   Mematikan Sel Dalam Sel-Sel Kanser Ovari
29.   Membantu Meningkatkan sistem Imun
30.   Mengurangkan Risiko Stroke Dengan Menghalang Lemak Melekat Pada arteri
31.    Mengurangkan Jangkitan Bakteria Dalam Perut
32. Membantu Melegakan Batuk dan Kegatalan Tekak

Satu Papan Mengandungi 20 Sachet


PRODUK: KOPI RADIX HALIA   HARGA: RM23.00
KOS PENGHANTARAN:
Semenanjung : RM9
Sabah/Sarawak: RM15.90  
*Penghantaran ke seluruh Malaysia
 
UNTUK PEMBELIAN PRODUK INI, SILA:
+6 017-936 1721