Pages

September 7, 2015

Khasiat Dan Kelebihan Halia

Halia Makan dan Halia Bara (Merah)
Halia atau rizom halia merupakan sejenis herba yang tidak asing bagi masyarakat di seluruh dunia terutama dalam dunia masakan, kerana herba ini sering digunakan ketika memasak bagi menambahkan kelazatan dan menaikkan aroma masakan tersebut. Selain itu, halia juga digunakan secara tradisional untuk tujuan perubatan dan perawatan bagi sesuatu penyakit.

Rizom halia yang dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Zingiber officinale daripada famili Zingiberaceae mempunyai khasiat dan kelebihan yang istimewa sehingga disebut oleh Allah SWT dalam Al Quran Surah Al Insan 76:17:

"Mereka diberi minum dengan piala berisi arak yang campurannya ialah halia."

Walaupun halia disebut dalam Al Quran, tetapi herba ini tidak ditanam di negara-negara Arab, malah yang menjadi pengeluar utama halia ialah India, China, Nigeria, Indonesia dan Thailand.

Halia Makan dan Halia Bara (Merah)

Terdapat dua jenis halia yang menjadi kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat iaitu halia makan dan halia bara (merah). Halia makan atau juga disebut halia hidup mempunyai rizom yang berwarna kekuningan dan rasanya yang pedas. 

Halia bara (merah) dikenali juga dengan nama halia merah kerana rizomnya yang bewarna kemerahan. Saiznya hampir sama dengan halia makan cuma lebih kecil sedikit dan rasa serta baunya lebih kuat berbanding halia biasa.

Di Nusantara, halia bara (merah) ini digunakan dalam perawatan dan perubatan serta penghasilan produk makanan kesihatan. Selain itu, halia makan juga boleh digunakan untuk merawat sesuatu penyakit, tetapi yang terbaiknya menggunakan rizom dari jenis yang tua.

Kandungan Nutrien dan Fitokimia Halia

Halia mengandungi nutrien dan senyawa aktif seperti gingerol, zingerone, 1-dehydrogingerdione, 6-gingesulfonic acid, shogaol, karbohidrat, palmitic acid, oleic acid, linoleic acid, caprylic acid, capric acid, lauric acid, myristic acid, pentadecanoic acid, heptadecanoic acid, stearic acid, linilenic acid, lesitin, gingerglycolipids (A, B, C).

Tambahan itu, halia juga mengandungi asid amino (arginine, aspartic acid, cystein, glycine, isoleucin, leucine, serine, threonine, valine), protein, resin, diterpene, mineral dan vitamin A serta niacin. Kandungan minyak asirin di dalamnya terdapat zingiberene, B-bisabolene, singiberol, zingiberenol, ar-curcumene dan beberapa bentuk aldehid (phellandrene, camphene, geraniol, neral, linalool dan d-nerol).

Khasiat dan Kelebihan Halia

Halia bersifat menghangatkan. Jika perut tidak cukup pemanasan, maka akan sukar untuk proses pencernaan. Seseorang yang suka makanan yang mengandungi santan, adalah dinasihatkan untuk mengamalkan apa-apa makanan yang mempunyai halia. 

Pengkajian dan penyelidikan telah menunjukkan  bahawa halia mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti antioksidan, antivirus, antiperadangan, antiangiogenesis, antimual, antipembengkakan, antirematik, antikanser dan hipoglikemik (menurunkan tekanan darah). 

Terdapat banyak khasiat dan kelebihan halia jika disenaraikan satu persatu antaranya ialah:

1. Membantu membersihkan usus
2. Membantu proses pencernaan
3. Meningkatkan kekuatan seksual
4. Meningkatkan pengeluaran sperma
5. Mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut
6. Menstabilkan hati dan perut yang dingin
7. Membantu membuang bau badan
8. Menambah daya ingatan
9. Bersifat karminatif iaitu bahan perangsang dan pembasmi kuman
10. Menyegarkan dan menguatkan urat saraf
11. Mencairkan kahak
12. Melancarkan perjalanan darah
13. Merangsang pengeluaran adrenalin
14. Mengelakkan darah beku yang menyebabkan saluran darah tersumbat
15. Merendahkan kolesterol dalam tubuh
16. Melegakan dan mengurangkan kekejangan perut akibat makan terlalu banyak
17. Mengatasi sakit kepala

PERHATIAN! Kepada Ibu Yang Mengandung

Walaupun halia mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tetapi ibu yang mengandung perlu berhati-hati dalam pengambilannya secara berlebih-lebihan, kerana halia juga bersifat peluruh iaitu boleh menyebabkan keguguran.

Al faqir ilallah;
Hisham Mohamad
Herbalist










__________________________________
Al Quranul kareem
Dr, Faszly Rahim, Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Prof. Dr. Aminah Abdullah, 2015. Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam. Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Herbal Indonesia Berkhasiat Vol.08, 2010. Pt Trubus Swadaya: Indonesia
Ibnu Qayyim Al Jauziyah, 2013. Perubatan Rasulullah SAW. Al Hidayah House Publishers Sdn. Bhd. Batu Caves
James F. Balch, M.D., Phyllis A. Balch, C.N.C., 1997. Prescription for Nutritional Healing, Second Edition. Avery Publishing Group: New York

September 4, 2015

Bekam (Al Hijamah) Untuk Sakit Kepala

cliparts.co

Sakit kepala sering dialami oleh kebanyakan orang tidak mengira usia, ada di kalangan kanak-kanak, remaja, dewasa dan lanjut usia. Apabila seseorang itu mengalami sakit kepala, maka akan menyebabkan ia sukar untuk melakukan sebarang pekerjaan, malah seseorang itu boleh terjatuh secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan kecederaan.

Sebab Sakit Kepala
Pelbagai sebab mengapa seseorang itu boleh mengalami sakit kepala antaranya adalah stress, tension, kebimbangan terhadap sesuatu perkara, sembelit, masalah usus, gangguan otak, pengambilan kopi, dehidrasi, terlalu lapar, hormon yang tidak seimbang, masalah angin yang berlebihan, pengambilan minuman keras, demam, pencemaran udara, asap rokok, bau perfume, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, anemia, hypoglycemia, masalah psikologi, menstruasi, kekurangan vitamin B, kurang tidur, sakit gigi, penyakit mata, hidung dan tekak.

Seseorang yang mengalami sakit kepala secara kerap mungkin bertindakbalas terhadap sesuatu pengambilan makanan tertentu seperti bahan pengawet makanan, perisa tambahan, bahan pewarna, monosodium glutamate (MSG), produk tenusu, coklat, keju, gula dan makanan segera.

Sakit Kepala dan Migraine

Pakar-pakar perubatan menganggarkan bahawa kira-kira 90 peratus daripada semua sakit kepala merupakan ketegangan dan 6 peratus adalah migraine. Ketegangan sakit kepala adalah disebabkan oleh ketegangan pada otot. Migraine disebabkan oleh gangguan dalam peredaran darah ke otak. Selain itu, terdapat satu lagi jenis sakit kepala yang dikenali sebagai  cluster headache iaitu sakit kepala yang berulang-ulang.

Rawatan dan Terapi

Jika seseorang sedang mengalami sakit kepala, maka elakkan daripada pengambilan coklat, keju dan rokok. Hal ini kerana, ianya akan menambahkan lagi sakit kepala tersebut.

Selain itu, penghidap sakit kepala boleh mengamalkan latihan pernafasan secara dalam (deep-breathing) di samping melakukan senaman-senaman secara rutin harian. Kekurangan oksigen juga boleh menyebabkan sakit kepala. 

Rawatan dan terapi yang sangat baik yang disyorkan kepada penghidap sakit kepala ialah terapi Al Hijamah (bekam) iaitu berbekam di bahagian kepala pada point nombor 1 yang dinamakan sebagai ummu mughits dan disusuli dengan berbekam pada bahagian belakang badan. Kemudian, terapi ini disinergikan pula dengan pengambilan herba-herba tertentu.


Semoga semua penghidap sakit kepala ini akan diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.


Al faqir ilallah,
Hisham Mohamad
Herbalist 







SEBARANG PERTANYAAN ATAU UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI RAWATAN, 
SILA HUBUNGI: 
HOTLINE: +6 017-936 1721