Pages

June 10, 2014

Persona Herba Episod 2 - Tongkat Ali

Tongkat Ali
Eurycoma longifolia

Akar Tongkat Ali antara salah satu herba yang digunakan dalam campuran produk HPA iaitu Kopi RADIX™ bertujuan untuk memulihkan tenaga dan secara umumnya adalah untuk penjagaan kesihatan. Daunnya berbentuk seperti payung dan digunakan oleh masyarakat zaman dahulu sebagai mandian untuk ayam laga dan juga untuk memandikan anak-anak kecil yang lambat berjalan.

Antara ciri-ciri untuk membuat pengecaman Tongkat Ali ialah daunnya tidak mempunyai bau dan rasanya pahit, apabila diramas tidak akan pecah serta batangnya juga rasa pahit dan liat.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia mendapati bahawa bahagian akar Tongkat Ali mempunyai bahan aktif yang digunakan untuk tujuan perubatan antara khasiatnya adalah sebagai anti-oxidantanti-cancer dan memberi kesan aphrodisiac bagi mengatasi masalah impotency. Tongkat Ali merupakan salah satu herba yang telah  dipatenkan oleh kerajaan Malaysia.

Saksikan Edisi Kembara Persona Herba Episod 2 membicarakan tentang herba Tongkat Ali bersama Tabib Tn. Hj. Ismail Bin Ahmad, Pengasas Perubatan JAWI merangkap Pengarah Urusan HPA.

June 6, 2014

Persona Herba Episod 1 - Ubi Sarang Semut

Ubi Sarang Semut
Hydnophytum formicarum

Dalam Perubatan JAWI, Ubi Sarang Semut digunakan untuk anti-allergy, resdung, blood circulation dan ada yang menyebut herba ini juga baik untuk pesakit jantung berlubang, masalah cardiovascularcancer, darah tinggi dan kencing manis. Ubi Sarang Semut merupakan salah satu herba yang digunakan dalam menghasilkan produk HPA iaitu Coscinium Plus.

Semut menjadikan tumbuhan ini sebagai sarangnya tetapi bukanlah daripada spesis semut yang berbisa. Ujian telah dilakukan dan mengenalpasti bahawa Ubi Sarang Semut merupakan sejenis tumbuhan yang tidak beracun dan selamat untuk dimakan serta baik digunakan untuk tujuan perubatan. Rasanya sedap, sedikit kelat dan mengandungi banyak air. Herba ini perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum dicampur dengan herba-herba yang lain.

Saksikan Edisi Kembara Persona Herba Episod 1 membicarakan tentang herba Ubi Sarang Semut bersama Tabib Tn. Hj. Ismail Bin Ahmad, Pengasas Perubatan JAWI merangkap Pengarah Urusan HPA.

May 5, 2014

Mengubah Persepsi Rawatan Bekam

Seorang pesakit sedang menjalani rawatan bekam di Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad. - Foto Bernama
KAEDAH rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik.

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat.

Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya.

Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.

KEKELIRUAN PERUBATAN BEKAM   

Kegagalan menjelaskan secara saintifik rawatan bekam dan kebaikannya mungkin antara punca wujudnya andaian-andaian itu.

Pengusaha dan pakar rawatan bekam, Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad, Dr(homeopati) Ibrahim Burhanuddin berkata seseorang pengamal rawatan perubatan bekam harus mempunyai ilmu bukan sahaja ilmu bekam tetapi ilmu-ilmu berkaitan dengannya seperti psikologi dan saraf.

Beliau, yang telah berpengalaman lebih 17 tahun dalam rawatan bekam berkata, masyarakat hari ini yang berpendidikan tinggi dan terbuka, mahu mengetahui secara saintifik satu-satu rawatan itu sebelum bersetuju untuk melakukannya.  

"Ramai pengusaha yang kurang mahir, jadi apabila ditanya apa tujuan bekam, macam mana fungsi setiap rawatan itu kepada anggota badan, mereka gagal menjelaskannya.

"Ini menyebabkan masyarakat tidak faham dan ia antara kekangan mengapa rawatan bekam sukar untuk pergi lebih jauh sepertimana bidang perubatan akupuntur yang mendapat pengiktirafan dunia," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya sendiri, beliau berkata segalanya bermula pada tahun 1991 setelah mencuba rawatan bekam bagi mengubati penyakit gastrik dan paru-paru berair yang dialami sejak sekian lama.
Setelah mencuba pelbagai ubat, masih gagal merawat penyakit yang dihidapi hingga beliau mencuba rawatan bekam dan kemudian pulih daripada penyakit itu.

"Dari situlah saya mengkaji dan belajar kaedah rawatan bekam daripada beberapa orang guru termasuk seorang guru bekam dari Korea. Saya kaji bagaimana bekam boleh menyembuhkan penyakit dan bagaimana ia menjadi perubatan terbaik sepertimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi," katanya, yang turut mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang homeopati dari Universiti Sumatera Utara, Indonesia.

TOKSIN PUNCA PENYAKIT?

Daripada kajian-kajian perubatan, penyakit yang singgah dalam tubuh individu itu berpunca daripada toksin. Ia diumpamakan seperti sampah yang menyebabkan tiga pembuluh darah iaitu alteri, vena dan kapilari menjadi sempit dan lemah hingga tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna. 

Ketiga-tiga pembuluh darah ini jika disambungkan akan menjadi sepanjang 96 kilometer, menurut Ibrahim.
Ia perlu dibersihkan bagi membolehkan ia mengalir dengan lancar.    

Jelas beliau, apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna, ia tidak dapat menghantar oksigen dan pemakanan yang diperlukan ke seluruh organ-organ tubuh.

"Apabila semakin banyak toksin dalam badan, oksigen akan bertambah kurang. Ini menyebabkan orang yang sakit akan bertambah-tambah sakit sekiranya sel-sel dalam badan tidak mendapat nutrien dan oksigen yang cukup," katanya.

Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang.

Jika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok, katanya.  

"Contohnya, gula dalam darah yang normal bacaannya 4 hingga 6, jika lebih daripada itu seperti bacaan 8 hingga 10 yang lebih itulah toksin. Begitu juga dengan kolestrol dalam badan.

"Cara untuk membuang toksin ini dengan cara membuang darah kotor yang terkumpul. Semakin banyak darah kotor yang dibuang semakin lancar dan bersih darah yang tinggal dan penghantaran oksigen dan pemakanan dalam tubuh akan berjalan lancar," katanya.

PUNCA TOKSIN

Ramai yang menyatakan toksin dalam badan diperoleh melalui pemakanan dan minuman. Ia mungkin satu daripada puncanya. Namun punca sebenar toksin terkumpul dalam tubuh kerana terganggunya sistem buah pinggang dan hati yang bertindak sebagai penapis terbaik di dunia.  

Buah pinggang yang sihat bekerja sebagai penapis darah daripada segala kekotoran yang akan dikeluarkan melalui air kencing, manakala hati pula bertindak sebagai penapis bahan-bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh badan.

Apabila seseorang itu mengalami penyakit kronik, fungsi hati dan buah pinggang yang akan terganggu terlebih dahulu.

"Tidak akan berlakunya penyakit kronik kepada diri individu sebelum menurunnya fungsi kedua-dua organ ini. Selama buah pinggang dan hati seseorang itu sihat, dia akan sihat", katanya.

Cara perubatan dan penyembuhannya ialah dengan menyihatkan kedua-duanya kerana selagi organ utama ini tidak sihat, penyakit kronik yang dihadapi tidak akan sembuh.

"Bukan nama penyakit itu yang harus dihilangkan kerana penyakit kencing manis, sampai mati tidak akan hilang. Begitu juga jantung dan darah tinggi.

"Yang penting orang itu yang harus disihatkan. Apabila orang itu diubati, penyakit itu akan hilang. Caranya dengan mengesan mana punca datangnya sakit itu," katanya.

BEKAM UNTUK PESAKIT KRONIK

Ada yang menyatakan bahawa pesakit kronik seperti kencing manis tidak boleh menjalani rawatan bekam kerana dibimbangi akan menyebabkan luka sukar untuk disembuhkan.

Ibrahim berkata pendapat itu tidak benar, kerana beliau sendiri telah merawat pesakit kencing manis kronik melalui bekam dan pesakit telah menunjukkan kesan yang positif melalui kaedah itu.

Katanya, seseorang pesakit kencing manis sukar sembuh pada luka yang terdapat di kakinya kerana kandungan gula dalam darah telah menyumbat pembuluh darah hingga menyebabkan kaki menjadi kebas, saraf tidak dapat berfungsi kerana darah tidak dapat dihantar ke kawasan itu.

Yang akan menyembuhkan luka itu ialah antibodi yang terdapat di dalam darah bersih dan apabila pengaliran darah telah tersumbat, ia tidak dapat sampai ke tempat yang luka.

"Perlu dikeluarkan toksin itu dan secara perlahan-lahan darah bersih akan mengalir ke kawasan luka, yang akan menjadi antibodi terbaik berbanding antibiotik untuk menyembuhkannya.

"Dengan berbekam akan membuka laluan-laluan darah tersebut jika dilakukan dengan betul," katanya.
Untuk pesakit kronik, bekam harus dilakukan secara teratur melalui konsultasi yang betul bagi menyembuhkannya. Ia berbeza bagi setiap individu.

Manakala bagi yang tidak mempunyai penyakit kronik digalakkan melakukan rawatan bekam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi membuang darah kotor untuk melancarkan pengaliran darah bersih.

Beliau, yang turut membuka dua cawangan pusat perubatan Al-Jawad di Pekan Baru dan Batam, Indonesia melihat rawatan bekam boleh disebarluas di seluruh dunia sekiranya dilakukan secara profesional.

"Kecenderungan untuk kembali kepada rawatan Islam itu telah ada. Cuma apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam rawatan perubatan bekam ini ialah menambah ilmu agar mereka diberi kepercayaan dengan ilmu dan kemahiran yang ada," katanya. – Bernama


May 4, 2014

Bekam Kecantikan

Al Hijamah (bekam) mempunyai manfaat dan kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Jika dibahaskan satu persatu, maka kita akan dapati suatu perbahasan yang panjang dan terperinci. Antara manfaat Al Hijamah (bekam) ialah:
  • Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
  • Memperbaiki aliran pembuluh darah
  • Menghilangkan kekejangan dan luka dalaman pada otot
  • Sesuai untuk pelbagai penyakit mata dan rabun
  • Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita
  • Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung
  • Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur
  • Mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit
Selain berbekam di bahagian belakang tubuh, Al Hijamah (bekam) boleh juga dilakukan di bahagian muka atau wajah. Antara tujuannya adalah untuk membuang segala 'kekotoran' yang tersimpan pada lapisan kulit di wajah. Selain itu, adalah untuk melancarkan peredaran darah yang berkualiti, mengatasi masalah jerawat, mencantikkan kulit, membantu mengatasi pelbagai masalah kulit dan menaikkan seri wajah secara semulajadi dengan izin Allah SWT.

Al Hijamah (bekam) pada bahagian muka atau dikenali dengan Bekam Kecantikan akan dilakukan pada titik-titik tertentu dan mesti dilakukan secara profesional agar kulit wajah tidak meninggalkan kesan parut dan sebagainya.

Caj satu sesi terapi untuk Bekam Kecantikan di Pusat Rawatan kami ini adalah RM75 termasuk diagnosis, konsultasi, bekam kecantikan dan minuman herba. Kebiasaannya terapi Al Hijamah (bekam) Kecantikan ini mengambil masa dalam lingkungan 20 hingga 30 minit untuk setiap sesi bergantung kepada banyaknya darah yang dikeluarkan.

SILA BUAT TEMUJANJI DENGAN MENGHUBUNGI HOTLINE: +6 017-936 1721

#Rujukan: Al hijamah sunnatun nabawiyyah wa mu'jizatun thoyyibah

April 2, 2014

Promosi Sauna Herba

Pihak kami memperkenalkan satu lagi terapi iaitu Sauna Herba untuk sesiapa yang mengalami masalah yang berkaitan dengan resdung, asthma dan masalah yang berkaitan dengan pernafasan. In Shaa Allah penggunaan herba khas ini dapat membantu meringankan dan mengatasi masalah yang disebutkan dengan izin Allah SWT di samping membantu menyegarkan kulit wajah.

Penggunaan herba dengan cara menyedut wap herba akan membantu mempercepatkan lagi penyerapan herba ke dalam tubuh seterusnya memberi kesan kesihatan lebih cepat dengan izin Allah SWT.

Caj Terapi Sauna Herba : RM35 Sahaja
Tempoh Terapi                : 15-20 Minit

#Caj terapi adalah termasuk; Diagnosis + Consultation + Terapi Sauna Herba (Herba Khas) + Minuman Herba = RM35 sahaja

SILA BUAT TEMUJANJI DENGAN MENGHUBUNGI HOTLINE: +6 017-936 1721

March 10, 2014

#PRAYFORMH370

Sama-sama kita teruskan berdoa semoga dipermudahkan segala usaha pencarian dan keselamatan bagi mereka yang terlibat dengan pesawat MH370. Walau apa pun yang terjadi, perkara utama yang mesti kita pelihara adalah aqidah, jangan sampai tergugat atau tercicir kerana sesuatu yang agak misteri ini.


#PRAYFORMH370

January 8, 2014

Cara Pembuangan Air Besar Yang Sihat

Bagaimanakah cara dan posisi pembuangan air besar yang sihat dan selamat? Adakah dengan cara mencangkung atau duduk? Penggunaan tandas duduk pada hari ini dilihat sebagai suatu yang moden, cantik dan selesa, tetapi pada masa yang sama memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Antaranya boleh menyebabkan sembelit, buasir, pembuangan najis yang tidak lancar, colitis, appendicitis dan boleh juga menyebabkan kanser usus.

Oleh itu, pembuangan air besar secara mencangkung adalah lebih sihat dan selamat. Jika di rumah kita menggunakan tandas duduk, perlu diingat jangan sesekali mencangkung di atas tandas duduk tersebut sebab lebih bahaya dan tidak selamat, kerana kemungkinan boleh menyebabkan tergelincir atau mangkuk tandas pecah. Justeru, bagi pengguna tandas duduk untuk selamat dan sihat, boleh menggunakan pelapik tertentu untuk meninggikan sedikit pada bahagian kaki.

Sila tonton video ini untuk penyelesaian bagi permasalahan ini.