Pages

April 21, 2011

Buku: HALAL HARAM & UBAT Dari Sumber BABI dan Pilihan Alternatif


Dua buah buku yang amat sesuai dibaca dan dimiliki oleh para Muslimin dan Muslimat. Buku HALAL HARAM keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang membincangkan tentang kandungan sesuatu produk terutama makanan. Buku UBAT DARIPADA SUMBER BABI DAN PILIHAN ALTERNATIF yang mmbicarakan tentang ubat-ubat yang mempunyai unsur-unsur yang tidak halal khususnya daripada babi. 

March 22, 2011

Khasiat Madu Asli & Kayu Manis


Bukti kebenaran sabda Rasulullah SAW tentang pengubatan dengan madu.

Sebuah majalah di Kanada, Weekly World News, edisi 17 Januari 1995, memberikan senarai berikut akan khasiat kayu manis dan madu, dari hasil temuan para pakar ilmuan Barat Moden. Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.

Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:

1. Jerawat
Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran itu pada muka (bahagian yang ada jerawat) lakukan sebelum tidur. Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain itu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit perut
Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.
Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping itu juga , ia boleh menurunkan berat badan.

3. Selesema
Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selsema.

4. Keguguran rambut
Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

5. Sakit gigi
Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.
Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi.

6. Penghadaman
Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Jangkitan pada pundi kencing
Jika anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada didalamnya.
Caranya:
Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

8. Kolestrol
Untuk mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam?
Caranya:
Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.

9. Sakit jantung
Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Artritis
Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari. Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.

11. Sistem imunisasi
Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

12. Masalah kesuburan
Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran
Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini pada setiap pagi.Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik
Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;
Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Sumber: 

March 2, 2011

Setiap Penyakit Ada Ubatnya

Kita mestilah yakin seratus peratus dan berbaik sangka kepada Allah SWT bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, walaupun ada pihak yang menafikan tentang hal ini dengan mengatakan ada beberapa penyakit yang tiada ubatnya. Pihak yang tidak tahu akan ubat untuk sesuatu penyakit tidak boleh mengatakan bahawa penyakit itu tiada ubatnya kerana kata-kata itu adalah bercanggah dengan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di bawah. Seharusnya mereka perlu mengkaji dan mencari apakah penawar penyakit itu.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menceritakan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda; “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan ia menurunkan untuknya ubat/penawar”.   
–Soheh al Bukhari, Kitab At Thibb-

Dalam Soheh Imam Muslim,

“Setiap penyakit mempunyai ubat. Apabila terpadan penyakit dengan ubatnya nescaya akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah.” 
–Riwayat Imam Muslim dari Jabir radhiyallahu ‘anhu- 

April 28, 2010

AL FATIHAH

Makluman kepada semua yang melayari laman blog ini, isteri kepada Ustaz Hisham Mohamad iaitu ALMARHUMAH USTAZAH MASRUROH BINTE MUSA telah kembali ke rahmatullah pada 23.4.2010 hari Jumaat di sisi suaminya di rumah Singapura.-Keratan akhbar Berita Harian Singapura pada 27.4.2010


March 18, 2010

Rawatan Ruqyah Syar'iah

Sihir merupakan perbuatan hasad dengki yang dilakukan oleh tukang sihir dengan bantuan jin yang bertujuan untuk mengenakan seseorang dengan niat yang tertentu. Antara sihir yang biasa diamalkan ialah Sihir Pemisahan, Sihir Pengasih, Sihir Pukauan, Sihir Gila atau Sasau, Sihir Ilmu Pelemah, Sihir Histeria, Sihir Penderitaan (Sakit), Sihir Pendarahan dan Sihir untuk Menggagalkan Perkahwinan.


Kaedah Rawatan

Perawat merawat pesakit dengan menggunakan bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang dikenali sebagai Ruqyah Syar’iah di mana ia merupakan cara perubatan Rasulullah SAW. Berikut adalah langkah-langkah yang digunakan semasa rawatan:

1. Qiraatul Qur'an bil jahriah ( bacaan al-qur'an dengan jelas di hadapan pesakit)
2. Sama'atul Qur'an ( pesakit perlu mendengar bacaan al-Qur'an setiap hari)
3. Al-Ightisal bil Qur'an ( mandian air bacaan al-Qur'an )
4. Al-Syarab bil Qur'an ( minuman air bacaan al-Qur'an )
5. Al-Khutbah ( bacaan khutbah )


Tambahan:
Untuk setiap sesi rawatan Ruqyah Syar’iah, Pesakit diminta untuk menyediakan 2 botol air mineral 1.5 liter dan 21 biji limau nipis.

Terapi Al Hijamah (Bekam)

Bekam merupakan suatu kaedah pengubatan dengan cara mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa arab ia disebut Al Hijamah, manakala di Eropah dikenal sebagai Cupping Therapeutic Methode.

Saranan Rasulullah SAW tentang berbekam:

Sabda Rasulullah SAW: "Jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" - Hadith Riwayat Malik-

Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” - Riwayat Ibnu Majah -


Jenis-Jenis Bekam

1. Bekam Basah (Darah)

Bekam basah (Hijamah Rothbah), iaitu pertama kita melakukan bekam kering, kemudian kita melukai permukaan kulit dengan jarum tajam (lancet) atau sayatan pisau steril (surgical blade), lalu di sekitarnya dihisap dengan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh. Lamanya setiap hisapan 3 sampai 5 minit, dan maksima 9 minit, lalu dibuang darah kotornya. Penghisapan tidak lebih dari 7 kali hisapan. Darah kotor berupa darah merah pekat dan berbuih. InsyaAllah bekasnya (kulit yang lebam) akan hilang 3 hari kemudian setelah disapu minyak habbatus sauda’ atau minyak zaitun.

Manfaat Bekam Basah (Darah)

1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3. Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah, migrain dan sakit gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8. Ketika terkena sengal, sciatica dan tulang.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10. Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.
11. Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
12. Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14. Bermanfaat mengatasi keracunan.
15. Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.



2. Bekam Kering (Angin)

Bekam kering atau bekam angin (Hijamah Jaaffah), iaitu menghisap permukaan kulit dan memijat tempat sekitarnya tanpa mengeluarkan darah kotor. Bekam kering baik bagi orang yang tidak tahan suntikan jarum dan takut melihat darah. Kulit yang dibekam akan tampak merah kehitam-hitaman selama 3 hari.

Manfaat Bekam Kering

1. Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah beku.
2. Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.
3. Mengubati nephritis.
4. Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.
5. Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.
6. Untuk mengatasi masuk angin.
7. Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah pesakit dan menginjeksikannya ke otot paha, khususnya bagi anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.

Refleksologi (Urut Tapak Kaki)

Refleksologi merupakan urut tapak kaki iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.

Kelebihan Refleksologi

• Melancarkan pengaliran darah
• Meningkatkan daya tahan individu
• Mengurangkan risiko tulang reput
• Menyeimbangkan kedudukan badan
• Melancarkan pergerakan
• Menguatkan otot kaki
• Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
• Menguatkan tulang dan pinggul
• Mengurangkan risiko sakit sendi
• Mengurangkan rasa letih
• Mengelak risiko sembelit
• Mengurangkan masalah usus
• Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
• Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Sumber: penawar.com