Pages

March 2, 2011

Setiap Penyakit Ada Ubatnya

Kita mestilah yakin seratus peratus dan berbaik sangka kepada Allah SWT bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, walaupun ada pihak yang menafikan tentang hal ini dengan mengatakan ada beberapa penyakit yang tiada ubatnya. Pihak yang tidak tahu akan ubat untuk sesuatu penyakit tidak boleh mengatakan bahawa penyakit itu tiada ubatnya kerana kata-kata itu adalah bercanggah dengan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam di bawah. Seharusnya mereka perlu mengkaji dan mencari apakah penawar penyakit itu.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menceritakan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda; “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan ia menurunkan untuknya ubat/penawar”.   
–Soheh al Bukhari, Kitab At Thibb-

Dalam Soheh Imam Muslim,

“Setiap penyakit mempunyai ubat. Apabila terpadan penyakit dengan ubatnya nescaya akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah.” 
–Riwayat Imam Muslim dari Jabir radhiyallahu ‘anhu-