Pages

September 4, 2015

Bekam (Al Hijamah) Untuk Sakit Kepala

cliparts.co

Sakit kepala sering dialami oleh kebanyakan orang tidak mengira usia, ada di kalangan kanak-kanak, remaja, dewasa dan lanjut usia. Apabila seseorang itu mengalami sakit kepala, maka akan menyebabkan ia sukar untuk melakukan sebarang pekerjaan, malah seseorang itu boleh terjatuh secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan kecederaan.

Sebab Sakit Kepala
Pelbagai sebab mengapa seseorang itu boleh mengalami sakit kepala antaranya adalah stress, tension, kebimbangan terhadap sesuatu perkara, sembelit, masalah usus, gangguan otak, pengambilan kopi, dehidrasi, terlalu lapar, hormon yang tidak seimbang, masalah angin yang berlebihan, pengambilan minuman keras, demam, pencemaran udara, asap rokok, bau perfume, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, anemia, hypoglycemia, masalah psikologi, menstruasi, kekurangan vitamin B, kurang tidur, sakit gigi, penyakit mata, hidung dan tekak.

Seseorang yang mengalami sakit kepala secara kerap mungkin bertindakbalas terhadap sesuatu pengambilan makanan tertentu seperti bahan pengawet makanan, perisa tambahan, bahan pewarna, monosodium glutamate (MSG), produk tenusu, coklat, keju, gula dan makanan segera.

Sakit Kepala dan Migraine

Pakar-pakar perubatan menganggarkan bahawa kira-kira 90 peratus daripada semua sakit kepala merupakan ketegangan dan 6 peratus adalah migraine. Ketegangan sakit kepala adalah disebabkan oleh ketegangan pada otot. Migraine disebabkan oleh gangguan dalam peredaran darah ke otak. Selain itu, terdapat satu lagi jenis sakit kepala yang dikenali sebagai  cluster headache iaitu sakit kepala yang berulang-ulang.

Rawatan dan Terapi

Jika seseorang sedang mengalami sakit kepala, maka elakkan daripada pengambilan coklat, keju dan rokok. Hal ini kerana, ianya akan menambahkan lagi sakit kepala tersebut.

Selain itu, penghidap sakit kepala boleh mengamalkan latihan pernafasan secara dalam (deep-breathing) di samping melakukan senaman-senaman secara rutin harian. Kekurangan oksigen juga boleh menyebabkan sakit kepala. 

Rawatan dan terapi yang sangat baik yang disyorkan kepada penghidap sakit kepala ialah terapi Al Hijamah (bekam) iaitu berbekam di bahagian kepala pada point nombor 1 yang dinamakan sebagai ummu mughits dan disusuli dengan berbekam pada bahagian belakang badan. Kemudian, terapi ini disinergikan pula dengan pengambilan herba-herba tertentu.


Semoga semua penghidap sakit kepala ini akan diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.


Al faqir ilallah,
Hisham Mohamad
Herbalist 







SEBARANG PERTANYAAN ATAU UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI RAWATAN, 
SILA HUBUNGI: 
HOTLINE: +6 017-936 1721

0 comments:

Post a Comment