Rasulullah SAW telah mengajar umatnya pelbagai perkara dalam aspek kehidupan duniawi mahupun ukhrawi. Setiap perkara yang diajarkannya sudah tentu ada hikmah dan barakahnya yang tersembunyi. Sebagai umat baginda Nabi SAW adalah menjadi tanggungjawab untuk menelusuri sunnah yang ditinggalkannya agar kehidupan yang dilalui setiap hari ini menjadi lebih baik dan termasuk dalam golongan muttaqin. Begitulah pesanan baginda seperti yang disebut dalam sebuah hadith:
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku."
(HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain.)
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Nabi SAW jika dikaji satu persatu dari aspek perubatan banyak menjurus ke arah kesihatan tubuh seseorang dan bersifat pencegahan sesuatu penyakit. Antara perkara utama yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga kesihatan ialah menitikberatkan tentang soal pemakanan. Ini kerana makan dan minum mempunyai hubungkait yang sangat rapat terhadap tumbesaran tubuh, memberi tenaga, penghasilan hormon, penyeimbangan unsur panas dan sejuk, menguatkan tulang dan kecerdasan akal fikiran.
Makan dan Minum Nabi SAW untuk Penjagaan Kesihatan
Rasulullah SAW minum dengan 3 kali nafas iaitu bernafas di luar gelas dan melarang bernafas di dalam gelas. Ketika hendak minum Rasulullah SAW memulakan dengan menyebut bismillah dan setelah selesai baginda menyebut alhamdulillah. Meneguk minuman hendaklah dengan lembut dan secara perlahan-lahan dan tidak gopoh atau kasar iaitu minum secara sekaligus tanpa henti sehingga kenyang.
Hikmah disebalik minum dengan 3 kali nafas ialah lebih cepat menghilangkan dahaga, lebih menyihatkan dan lebih menepati perut. Rasulullah SAW berpesan agar jangan minum dengan tergesa-gesa iaitu minum secara sekaligus kerana boleh menyebabkan sakit dada.
Dari aspek pemakanan, Rasulullah SAW memakan tamar basah dan timun secara bersamaan sebagai mengimbangi unsur panas dan sejuk dalam tubuh. Penyeimbangan unsur panas dan sejuk adalah merupakan aspek penting dalam perubatan kerana tubuh yang mempunyai unsur yang seimbang adalah sihat dan terhindar dari serangan penyakit. Imam Al Qurtubi rahimahullah menyebut bahawa tamar basah mempunyai unsur panas dan timun berunsur sejuk.
Air dan Wudhu'
Islam mengajar umatnya tentang penjagaan kebersihan. Mengapa kebersihan sangat dititikberatkan? Kerana kebersihan mempunyai hubung kait dengan kesihatan. Di dalam kitab Fiqh Imam Syafie rahimahullah, perkara pertama yang dibicarakan selepas bab aqidah ialah bab taharah atau bersuci dari sebarang kekotoran dan najis yang menunjukkan bahawa perkara utama bagi seseorang muslim itu memulakan kehidupannya ialah dengan membersihkan dirinya agar menjadi lebih bertenaga, sihat dan kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.
Air (H2O) merupakan unsur terpenting dalam kehidupan manusia untuk pelbagai guna. Walaupun begitu, tidak semua jenis air boleh digunakan untuk tujuan menyucikan kotoran dan najis. Islam menggariskan hanya terdapat 7 punca air utama sahaja yang boleh digunakan untuk bersuci iaitu air laut, air sungai, air telaga, air hujan, air mata air, air embun dan salji. Jika dikaji mengapa perlu menggunakan 7 punca air ini sahaja? Air-air ini merupakan air yang mempunyai oxygen dan energy yang luar biasa yang jika digunakan dengan betul akan memberi kesan kesihatan
yang baik pada tubuh.
Berwudhu' adalah salah satu syarat untuk mendirikan solat dan berdosa jika seseorang itu solat tanpa wudhu'. Terdapat beberapa jenis terapi dalam berwudhu' seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Air digunakan untuk berwudhu' dan oleh kerana wudhu' menggunakan air, maka bolehlah dikatakan wudhu' sebagai hydrotherapy. Hydrotherapy adalah kaedah rawatan yang menggunakan air untuk tujuan melegakan sengal-sengal badan, melegakan otot dan sendi, mengurangkan demam, melegakan pening kepala dan meningkatkan kesihatan fizikal. Selain itu, dalam wudhu' juga ada terapi reflexology dan acupressure.
Wudhu' pada rukunnya cuma ada 6 rukun iaitu niat, membasuh muka, membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dan tertib. Akan tetapi, wudhu' menjadi lebih sempurna dengan adanya sunnah wudhu' seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW dan setiap sunnah itu tentu ada hikmah disebaliknya.
Membasuh muka merupakan rukun dalam wudhu'. Antara kelebihan membasuh muka sebanyak 3 kali dengan cara yang betul mengikut sunnah ialah dapat membersihkan segala kotoran yang ada pada wajah, menegangkan kulit muka, awet muda iaitu dengan cara mengurut sedikit kulit pipi ke arah atas, menaikkan seri wajah dan menajamkan penglihatan. Selain itu, membantu menguatkan organ-organ tubuh seperti ginjal, usus, jantung, perut, paru-paru, limpa, liver dan pundi kencing. Bagaimana proses ini berlaku ialah kerana pada kulit wajah terdapat beberapa titik acupuncture dan meridians yang apabila diaktifkan akan menghasilkan energy atau chi yang akan mengalir ke seluruh tubuh. Penggabungan hydrotherapy dan acupressure secara tidak langsung ini membantu memantapkan dan meningkatkan energy dan tahap kesihatan seseorang.
Akhir sekali ialah membasuh kaki sebagai melengkapkan rukun wudhu'. Sunnahnya adalah membasuh kaki dengan cara meratakan air sehingga ke buku lali dan menyelati di celah-celah jari kaki sebanyak 3 kali yang dimulakan dengan kaki kanan. Kaki mempunyai titik reflexology yang banyak dan merangkumi keseluruhan tubuh badan manusia.
Mengurut tapak kaki atau dikenali sebagai terapi reflexology merupakan salah satu cabang ilmu perubatan yang terkenal di seluruh dunia yang dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah dapat melancarkan pengaliran darah, meningkatkan daya tahan individu, mengurangkan risiko tulang reput, menyeimbangkan kedudukan badan, melancarkan pergerakan, menguatkan otot kaki, mengurangkan risiko kencing tidak lawas, menguatkan tulang dan pinggul, mengurangkan risiko sakit sendi, mengurangkan rasa letih, mengelak risiko sembelit, mengurangkan masalah usus dan mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.
Tulisan ini hanyalah sebuah bacaan ilmiah secara ringkas sahaja. Jika dihuraikan hasil kajian secara lebih terperinci tentang kelebihan-kelebihan yang tersembunyi di sebalik sunnah Rasulullah SAW itu sudah tentu terlampau banyak. Apa yang penting mengamalkan sunnah secara istiqamah dan perlulah mengetahui sedikit sebanyak kelebihan-kelebihannya. Umat Islam seharusnya peka dengan sesuatu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dalam dunia moden hari ini, orang kafir yang bersungguh-sungguh mengkaji sunnah Rasulullah SAW dan mereka mengkomersialkannya dalam bentuk perniagaan yang menguntungkan dan oleh kerana kelekaan, maka umat Islam ketinggalan dalam pelbagai bidang.
Kita sering mengaku cintakan Nabi SAW tetapi persoalannya sejauh mana kita mengamalkan sunnah yang ditinggalkan baginda dan sejauh mana kita mengkajinya. Tulisan ini cuma membicarakan tentang sunnah dari aspek perubatan dan kesihatan sahaja tidak dari perspektif yang lain.
Konklusinya, berdasarkan ilmu yang diajarkan oleh Nabi SAW ini, umat Islam mesti menjadi umat yang jauh lebih sihat dan kuat berbanding orang-orang kafir.
Wudhu' pada rukunnya cuma ada 6 rukun iaitu niat, membasuh muka, membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dan tertib. Akan tetapi, wudhu' menjadi lebih sempurna dengan adanya sunnah wudhu' seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW dan setiap sunnah itu tentu ada hikmah disebaliknya.
Membasuh tangan merupakan sunnah dalam berwudhu' iaitu dengan memulakan dengan tangan kanan, menggosok, memutarkan tangan kanan ke tangan kiri dan sebaliknya, kemudian menyelati dan menyilangkan jari-jemari dan melakukannya sebanyak 3 kali. Tangan yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai kuasa tenaganya yang tersendiri. Dalam terapi hand reflexology seseorang yang melakukan seperti ini bukan sahaja dapat melancarkan peredaran darahnya secara tidak langsung malah akan menguatkan beberapa bahagian tubuh seperti mata, telinga, bahu, kepala, paru-paru, liver, perut, pundi kencing, ginjal, usus, payudara dan jantung serta dapat menghindarkan terkena penyakit-penyakit.
Selepas membasuh tangan disunatkan pula untuk berkumur-kumur. Antara hikmah berkumur-kumur adalah dapat membersihkan dalaman mulut dari sisa-sisa makanan. Di samping itu dapat menjaga gigi, gusi dan memberi nafas yang lebih segar.
Seterusnya memasukkan sedikit air ke dalam hidung, menyedut dan menghembuskannya atau disebut sebagai istinsyaq dan istintsar. Ada kajian yang telah dilakukan dan mengatakan bahawa dengan melakukan istinsyaq dan istintsar dapat membersihkan hidung dari kuman dan kotoran. Selain itu, cara ini juga dapat membantu menyihatkan hidung, kerongkong dan paru-paru. Ada pendapat mengatakan istinsyaq dan istintsar boleh menghindarkan dari terkena penyakit resdung.
Seterusnya memasukkan sedikit air ke dalam hidung, menyedut dan menghembuskannya atau disebut sebagai istinsyaq dan istintsar. Ada kajian yang telah dilakukan dan mengatakan bahawa dengan melakukan istinsyaq dan istintsar dapat membersihkan hidung dari kuman dan kotoran. Selain itu, cara ini juga dapat membantu menyihatkan hidung, kerongkong dan paru-paru. Ada pendapat mengatakan istinsyaq dan istintsar boleh menghindarkan dari terkena penyakit resdung.
Membasuh muka merupakan rukun dalam wudhu'. Antara kelebihan membasuh muka sebanyak 3 kali dengan cara yang betul mengikut sunnah ialah dapat membersihkan segala kotoran yang ada pada wajah, menegangkan kulit muka, awet muda iaitu dengan cara mengurut sedikit kulit pipi ke arah atas, menaikkan seri wajah dan menajamkan penglihatan. Selain itu, membantu menguatkan organ-organ tubuh seperti ginjal, usus, jantung, perut, paru-paru, limpa, liver dan pundi kencing. Bagaimana proses ini berlaku ialah kerana pada kulit wajah terdapat beberapa titik acupuncture dan meridians yang apabila diaktifkan akan menghasilkan energy atau chi yang akan mengalir ke seluruh tubuh. Penggabungan hydrotherapy dan acupressure secara tidak langsung ini membantu memantapkan dan meningkatkan energy dan tahap kesihatan seseorang.
Menyapu sedikit air di bahagian kepala adalah salah satu dari rukun wudhu' dan sunnahnya adalah menyapu keseluruhan kepala. Antara hikmahnya adalah menguatkan ginjal, melegakan sakit kepala dan menghilangkan panas.
Sunnah wudhu' yang lain adalah membasuh kedua-dua telinga. Sejak lebih 1400 tahun dulu, Rasulullah SAW telah mengajar umatnya ilmu tentang urutan pada telinga ini. Ilmu yang sangat luar biasa ini sebenarnya telah ada dalam wudhu' dan dipraktikkan oleh umat Islam tanpa sedar akan manfaat dan kelebihannya.
Telinga mempunyai titik acupressure yang sangat banyak sehingga meliputi seluruh tubuh badan manusia. Antaranya ialah anggota dan organ tubuh badan seperti tangan, kaki, tulang belakang, mata, mulut, gigi, paru-paru, limpa, perut, liver, jantung, saluran kencing dan sebagainya. Ini bermakna seseorang yang mengamalkan mengurut telinganya ketika berwudhu' sebanyak 3 kali setiap kali berwudhu' akan membantu menyihatkan seluruh tubuhnya secara tidak langsung kerana menggunakan 3 terapi serentak iaitu hydrotherapy, acupressure dan ear reflexology.
Mengurut tapak kaki atau dikenali sebagai terapi reflexology merupakan salah satu cabang ilmu perubatan yang terkenal di seluruh dunia yang dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah dapat melancarkan pengaliran darah, meningkatkan daya tahan individu, mengurangkan risiko tulang reput, menyeimbangkan kedudukan badan, melancarkan pergerakan, menguatkan otot kaki, mengurangkan risiko kencing tidak lawas, menguatkan tulang dan pinggul, mengurangkan risiko sakit sendi, mengurangkan rasa letih, mengelak risiko sembelit, mengurangkan masalah usus dan mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.
Tulisan ini hanyalah sebuah bacaan ilmiah secara ringkas sahaja. Jika dihuraikan hasil kajian secara lebih terperinci tentang kelebihan-kelebihan yang tersembunyi di sebalik sunnah Rasulullah SAW itu sudah tentu terlampau banyak. Apa yang penting mengamalkan sunnah secara istiqamah dan perlulah mengetahui sedikit sebanyak kelebihan-kelebihannya. Umat Islam seharusnya peka dengan sesuatu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dalam dunia moden hari ini, orang kafir yang bersungguh-sungguh mengkaji sunnah Rasulullah SAW dan mereka mengkomersialkannya dalam bentuk perniagaan yang menguntungkan dan oleh kerana kelekaan, maka umat Islam ketinggalan dalam pelbagai bidang.
Kita sering mengaku cintakan Nabi SAW tetapi persoalannya sejauh mana kita mengamalkan sunnah yang ditinggalkan baginda dan sejauh mana kita mengkajinya. Tulisan ini cuma membicarakan tentang sunnah dari aspek perubatan dan kesihatan sahaja tidak dari perspektif yang lain.
Konklusinya, berdasarkan ilmu yang diajarkan oleh Nabi SAW ini, umat Islam mesti menjadi umat yang jauh lebih sihat dan kuat berbanding orang-orang kafir.
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD