Pages

October 3, 2011

Tempat Lepak SYAITAN


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: 

“Sesiapa di antara kamu bangun dari tidur lalu berwudhu', hendaklah dia membasuh hidungnya dengan memasukkan air ke dalamnya, kemudian menghembusnya tiga kali, kerana syaitan bermalam di rongga hidungnya."

~ Hadith Riwayat Bukhari ~
Sahih al-Bukhari, 3295
https://sunnah.com/bukhari:3295

Berdasarkan kepada hadith Nabi SAW ini, jelas menunjukkan bahawa syaitan suka berada atau melepak di dalam rongga khaisyumKhaisyum bermaksud rongga hidung. Mengapa syaitan suka lepak dalam rongga hidung? Kerana rongga hidung kita merupakan filter (penyaring) kepada kotoran-kotoran seperti debu-debu dan kadangkala kotoran ini akan terlepas masuk ke dalam rongga hidung, jadi syaitan amat suka tempat yang ada kotoran seperti ini. Maka sebab itulah kita disuruh oleh Nabi SAW untuk membersihkannya terutama selepas bangun tidur, lalu berwudhu' (melakukan istinsyaq dan istintsar iaitu memasukkan dan mengeluarkan air dari rongga hidung).

Dalam ilmu perubatan, hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong. Selsema akan terjadi apabila proses pembuangan toksin berlaku di bahagian kerongkong dan kebiasaannya suhu badan akan meningkat kerana badan mengandungi asid yang berlebihan. Selain itu, hidung juga akan menjadi sebu kerana paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

Ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW seperti yang disebut dalam hadith ini, bukan sahaja dapat menyahkan syaitan yang suka melepak dalam rongga hidung kita, malah dapat menjaga kesihatan fizikal tubuh badan kita seperti hidung, paru-paru dan kerongkong.

Al faqir ilallah;
HISHAM MOHAMAD 

www.bekamdanrawat.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment