Elakkan dari melakukan 3 perkara ini secara berlebih-lebihan kerana boleh menyebabkan datangnya penyakit iaitu; banyak bercakap, banyak tidur dan banyak makan.
October 25, 2011
October 14, 2011
Jaga Kaki
Elakkan dari memakai kasut yang terlalu ketat terutama yang bermuncung tirus kerana kasut yang ketat menekan kaki dan menyebabkan peredaran darah tidak lancar sehingga berlaku penimbunan banyak endapan di daerah refleksi. Pemakaian kasut jenis ini boleh mengakibatkan penyakit seperti hidung, kepala, leher, mata, telinga, bahu, keseimbangan (di telinga), dada, payudara, kalenjar, kalenjar tiroid, paru-paru dan bronchus.
PUSAT RAWATAN ISLAM ELMUFEED
|
October 10, 2011
Sihir Pemisahan (Perceraian)
Sihir, santau dan ilmu hitam adalah suatu perkara yang sangat sinonim dengan masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Antara jenis-jenis sihir yang sering berlaku dalam masyarakat pada hari ini ialah Sihir Pemisahan (Perceraian). Sihir Pemisahan bermaksud sesuatu amalan yang sengaja dilakukan dengan tujuan untuk memisahkan seseorang dengan seseorang. Terdapat beberapa bentuk pemisahan ini iaitu; Memisahkan seorang anak dengan ibu atau bapanya, memisahkan adik beradik dalam sebuah keluarga, memisahkan seseorang dengan teman akrabnya, memisahkan rakan kongsi dalam perniagaan dan memisahkan pasangan suami dan isteri.
Allah SWT berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 102:
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir." Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah SWT. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui."
Salah satu bentuk pemisahan yang kerap berlaku dalam masyarakat ialah perceraian suami dan isteri yang semakin berleluasa sehinggakan ada pasangan yang berkahwin tidak sampai setahun tetapi berakhir dengan perceraian. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan sebab atau punca berlakunya perceraian pasangan suami dan isteri. Antaranya ialah faktor akhlak, pegangan agama, ekonomi, kesihatan, psikologi, kerjaya dan pengaruh persekitaran. Akan tetapi, perlu diingat juga bahawa perceraian pasangan suami dan isteri boleh berlaku kerana perbuatan sihir kerana sihir itu sememangnya wujud seperti yang dijelaskan dalam Al Quran dan hadith.
Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya si iblis akan meletakkan singgahsananya ke atas air, lalu mengutuskan awak-awaknya (untuk dibawanya berjalan-jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuah rumahtangga terutama yang menghadapi krisis-krisis kritikal. Apabila seseorang lain yang datang dengan berkata: "Aku telah melakukan begini dan begitu.." (mendamaikan kedua pasangan suami isteri tersebut). Maka si iblis akan berkata: "Sebenarnya kamu masih belum melakukan apa-apa." Kemudian apabila ada seseorang lain yang berkata: "Aku tidak akan lepaskan orang itu melainkan aku akan pisahkan dia dengan isterinya." Maka si iblis tadi akan cepat-cepat menghampirinya lalu berkata: "Ya, engkaulah orang yang bijak." (Hadith Riwayat Muslim)
Tanda-Tanda Terkena Sihir Jenis Ini
1. Hilang rasa kasih sayang dan timbulnya rasa marah dan benci.
2. Selalu berprasangka buruk antara kedua belah pihak.
3. Tiada perasaan timbang rasa.
4. Sering memperbesar-besarkan perkara yang kecil.
5. Berlaku perubahan penglihatan terhadap rupa bentuk seseorang seperti seorang suami melihat rupa paras isterinya dalam kedaan yang sangt hodoh walaupun pada hakikatnya si isteri merupakan seorang yang cantik. Begitu juga si isteri melihat rupa paras suaminya dalam keadaan yang menakutkan dan meyeramkan.
6. Timbul rasa bosan dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian yang sepatutnya dilakukan.
7. Timbul rasa bosan, berserabut dan kegusaran ketika berada di rumah sendiri malah merasa lebih selesa jika berada di luar.
Senarai Semak Untuk Mengenalpasti Masalah Yang Dihadapi
1. Adakah anda melihat rupa paras suami/isteri anda dalam keadaan yang hodoh?
2. Adakah pernah berlaku krisis antara anda dan pasangan anda yang disebabkan oleh perkara yang kecil?
3. Adakah anda merasa lebih selesa apabila berada di luar atau merasa tidak tenteram dan berserabut ketika di rumah?
4. Adakah anda merasa kesukaran yang ketara ketika melakukan persetubuhan antara suami dan isteri?
5. Adakah anda atau pasangan anda pernah terkejut secara tiba-tiba dari tidur atau mengalami mimpi yang menakutkan?
Sekiranya jawapan bagi soalan-soalan di atas adalah 'YA', maka adalah dinasihatkan untuk menjalani rawatan di mana-mana pusat rawatan Islam yang mengamalkan terapi Ruqyah Syar'iyah. Semoga kita semua terhindar dari kejahatan syaitan dan konco-konconya.
Al faqir ilallah;
HISHAM MOHAMAD
Rujukan: As Shorimul Battar fit Tashoddi lissaharatil Asyrar, Sheikh Wahid Abdul Salam Bali
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir." Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah SWT. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui."
Salah satu bentuk pemisahan yang kerap berlaku dalam masyarakat ialah perceraian suami dan isteri yang semakin berleluasa sehinggakan ada pasangan yang berkahwin tidak sampai setahun tetapi berakhir dengan perceraian. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan sebab atau punca berlakunya perceraian pasangan suami dan isteri. Antaranya ialah faktor akhlak, pegangan agama, ekonomi, kesihatan, psikologi, kerjaya dan pengaruh persekitaran. Akan tetapi, perlu diingat juga bahawa perceraian pasangan suami dan isteri boleh berlaku kerana perbuatan sihir kerana sihir itu sememangnya wujud seperti yang dijelaskan dalam Al Quran dan hadith.
Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Tanda-Tanda Terkena Sihir Jenis Ini
1. Hilang rasa kasih sayang dan timbulnya rasa marah dan benci.
2. Selalu berprasangka buruk antara kedua belah pihak.
3. Tiada perasaan timbang rasa.
4. Sering memperbesar-besarkan perkara yang kecil.
5. Berlaku perubahan penglihatan terhadap rupa bentuk seseorang seperti seorang suami melihat rupa paras isterinya dalam kedaan yang sangt hodoh walaupun pada hakikatnya si isteri merupakan seorang yang cantik. Begitu juga si isteri melihat rupa paras suaminya dalam keadaan yang menakutkan dan meyeramkan.
6. Timbul rasa bosan dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian yang sepatutnya dilakukan.
7. Timbul rasa bosan, berserabut dan kegusaran ketika berada di rumah sendiri malah merasa lebih selesa jika berada di luar.
Senarai Semak Untuk Mengenalpasti Masalah Yang Dihadapi
1. Adakah anda melihat rupa paras suami/isteri anda dalam keadaan yang hodoh?
2. Adakah pernah berlaku krisis antara anda dan pasangan anda yang disebabkan oleh perkara yang kecil?
3. Adakah anda merasa lebih selesa apabila berada di luar atau merasa tidak tenteram dan berserabut ketika di rumah?
4. Adakah anda merasa kesukaran yang ketara ketika melakukan persetubuhan antara suami dan isteri?
5. Adakah anda atau pasangan anda pernah terkejut secara tiba-tiba dari tidur atau mengalami mimpi yang menakutkan?
Sekiranya jawapan bagi soalan-soalan di atas adalah 'YA', maka adalah dinasihatkan untuk menjalani rawatan di mana-mana pusat rawatan Islam yang mengamalkan terapi Ruqyah Syar'iyah. Semoga kita semua terhindar dari kejahatan syaitan dan konco-konconya.
Al faqir ilallah;
HISHAM MOHAMAD
Rujukan: As Shorimul Battar fit Tashoddi lissaharatil Asyrar, Sheikh Wahid Abdul Salam Bali
October 3, 2011
Tempat Lepak SYAITAN
“Sesiapa di antara kamu bangun dari tidur lalu berwudhu', hendaklah dia membasuh hidungnya dengan memasukkan air ke dalamnya, kemudian menghembusnya tiga kali, kerana syaitan bermalam di rongga hidungnya."
~ Hadith Riwayat Bukhari ~
Sahih al-Bukhari, 3295
https://sunnah.com/bukhari:3295
Berdasarkan kepada hadith Nabi SAW ini, jelas menunjukkan bahawa syaitan suka berada atau melepak di dalam rongga khaisyum. Khaisyum bermaksud rongga hidung. Mengapa syaitan suka lepak dalam rongga hidung? Kerana rongga hidung kita merupakan filter (penyaring) kepada kotoran-kotoran seperti debu-debu dan kadangkala kotoran ini akan terlepas masuk ke dalam rongga hidung, jadi syaitan amat suka tempat yang ada kotoran seperti ini. Maka sebab itulah kita disuruh oleh Nabi SAW untuk membersihkannya terutama selepas bangun tidur, lalu berwudhu' (melakukan istinsyaq dan istintsar iaitu memasukkan dan mengeluarkan air dari rongga hidung).
Dalam ilmu perubatan, hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong. Selsema akan terjadi apabila proses pembuangan toksin berlaku di bahagian kerongkong dan kebiasaannya suhu badan akan meningkat kerana badan mengandungi asid yang berlebihan. Selain itu, hidung juga akan menjadi sebu kerana paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW seperti yang disebut dalam hadith ini, bukan sahaja dapat menyahkan syaitan yang suka melepak dalam rongga hidung kita, malah dapat menjaga kesihatan fizikal tubuh badan kita seperti hidung, paru-paru dan kerongkong.
Al faqir ilallah;
HISHAM MOHAMAD
www.bekamdanrawat.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)