Pages

August 28, 2012

Penyakit KEKECEWAAN


Antara PENYAKIT yang sukar diubati ialah KEKECEWAAN SELEPAS BERCINTA. Sekiranya penyakit ini berlarutan dan tidak dirawat, maka ianya menjadi sangat bahaya kerana boleh membawa MAUT, kerana seseorang itu akan mengalami kemurungan yang dahsyat dan berkecenderungan untuk MEMBUNUH DIRI.

Oleh itu, langkah yang terbaik ialah MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT (Prevention is better than cure). Justeru, adalah dinasihatkan kepada mereka yang sedang dilamun OMBAK CINTA, OMBAK RINDU dan HATI YANG BEROMBAK-OMBAK agar sentiasa menggunakan AKAL dan berfikiran RASIONAL dan bukan EMOSIONAL. Jika sudah ada pilihan hati, tetapi BELUM ADA APA-APA PERANCANGAN PERKAHWINAN atau RANCANGAN PERKAHWINAN YANG MENGAMBIL MASA BERTAHUN-TAHUN LAMANYA SEHINGGA SUATU MASA YANG TIDAK PASTI atau TIADA SEBARANG MATLAMAT BAGI SESEBUAH PERCINTAAN atau HANYA SEKADAR JANJI-JANJI MANIS , maka JANGANLAH meletakkan apa-apa PENGHARAPAN YANG BEGITU TINGGI pada pilihan hati itu bagi mengelakkan terkena penyakit KEKECEWAAN ini di kemudian hari.

Marilah kita sama-sama mengambil pengajaran terhadap pesanan sabda RASULULLAH SAW dalam sebuah hadith yang dinukilkan daripada 'AL ISLAM WAL HUBB' - Sheikh Abdullah Nasih 'Ulwan.




Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD

0 comments:

Post a Comment