Herba yang disinergikan dengan Mempelas (Tetracera indica), Buluh (Bambusa
vulgaris) dan Lalang (Imperata cylindrica) merupakan herba yang bersifat
diuretic, iaitu dapat membantu melawaskan proses pembuangan air kencing,
di samping berfungsi sebagai anti-piretik, iaitu dapat mengurangkan kepanasan
badan. Herba-herba ini amat baik untuk infeksi saluran kencing, batuk, demam
kuning, dan demam campak.
Kelebihan Herba Bersifat Diuretic:
• Herba ini digunakan
untuk memecah batu karang di peringkat kecil
• Ia juga digunakan untuk kesihatan
buah pinggang terutamanya apabila terlalu banyak menggunakan ubatan kimia.
• Melawaskan kencing serta
membersihkan pundi kencing.
• Digunakan untuk perawatan sakit gout
dan sakit sendi.
• Digunakan untuk tekanan darah
tinggi kerana herba ini bersifat diuretic.
• Rawatan demam panas dengan
memperbanyakkan pengeluaran air kencing.
• Rawatan sakit kulit yang berkesan.
0 comments:
Post a Comment