Pages

March 10, 2015

Dalil Tentang Berbekam

Dalil (1)
 Daripada Ibnu Mas'ud sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: 
"Sesungguhnya aku telah melalui beberapa kumpulan malaikat pada malam aku di Isra' oleh Allah Ta'ala dan mereka telah berkata: Wahai Muhammad suruhlah umatmu berbekam."
(Riwayat At Tirmidzi & Al Baihaqi)

Dalil (2)
Imam Bukhari meriwayatkan dari Sa'id bin Zubair dari Ibnu 'Abbas bahawa 
Rasulullah SAW bersabda:
"Penyembuhan berlaku dengan 3 cara, iaitu Minum Madu, Berbekam dan Terapi Besi Panas. Aku melarang umatku menggunakan besi panas."

Dalil (3)
Dari Anas r.a.:
"Sebaik-baik perubatan adalah BERBEKAM"
(Hadith Riwayat Ahmad dalam musnadnya)
Dalil (4)
 "..Sebaik-baik perubatan ialah berbekam, ia membuang darah yang kotor, menajamkan penglihatan serta meringankan tubuh."
(Hadith Riwayat Al Hakim)

0 comments:

Post a Comment