Pages

August 18, 2015

Manfaat & Fungsi Kolagen


Apakah Itu Kolagen? 

Kolagen merupakan sejenis protein yang diperlukan oleh tubuh sebagai pembangun atau penguat kepada tulang, sendi, otot, gigi dan kulit. Ia terbina daripada rantaian asid amino.

Sumber Kolagen

Sumber kolagen boleh didapati daripada haiwan seperti khinzir, lembu, ayam, arnab dan ikan. Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa kolagen boleh didapati daripada sumber tumbuhan seperti rumpai laut, spirulina dan kacang soya. Sejauh mana kebenaran pendapat-pendapat ini adalah berdasarkan kepada pengkajian-pengkajian terkini yang berjaya membuktikannya jika ada. Selain itu, sumber lain kolagen adalah daripada plasenta manusia.

Penggunaan kolagen daripada pelbagai sumber untuk menghasilkan sesuatu produk khususnya dalam industri kosmetik dan kecantikan serta kesihatan adalah bergantung kepada syarikat-syarikat pengeluar produk tersebut. Ada syarikat yang menggunakan daripada sumber yang halal, begitu juga sebaliknya. Oleh itu, sebagai pengguna Muslim, maka mestilah berwaspada dan berhati-hati untuk mendapatkan sesuatu produk yang menggunakan kolagen supaya terhindar daripada produk yang bersumberkan yang haram. Mencari yang halal itu suatu kefardhuan.

Selain daripada aspek halal dan haram, sumber kolagen juga mempunyai kelasnya yang tersendiri, ada yang mudah didapati seperti daripada khinzir, lembu, ayam dan arnab, tetapi kebiasaannya penggunaan kolagen daripada sumber-sumber ini lebih murah berbanding penggunaan kolagen daripada sisik ikan kerana ianya memerlukan teknologi yang tinggi untuk memprosesnya.

Dunia moden hari ini lebih memfokuskan penggunaan kolagen untuk tujuan kecantikan, justeru tidak hairanlah terdapat pelbagai promosi produk kolagen yang memaparkan gambar-gambar kulit wajah yang begitu banyak di pasaran. Ini kerana, masyarakat khususnya golongan wanita masing-masing ingin kelihatan cantik, anggun dan berkeyakinan diri.

Keistimewaan penggunaan kolagen ini bukan sahaja untuk tujuan kecantikan semata-mata tetapi untuk kesihatan juga. Jika seseorang itu menggunakan kolagen untuk tujuan penjagaan kesihatan, maka secara tidak langsung ia akan mendapat bonus kecantikan untuk dirinya. Begitulah unik dan hebatnya ciptaan Allah SWT untuk hamba-hambanNya.

Fungsi Kolagen

Kolagen adalah suatu keperluan untuk pembentukan tubuh badan. Antara fungsinya ialah:

1. Membentuk struktur tulang yang kuat
2. Membentuk tulang rawan dan tisu penghubung
3. Membina salur darah yang tahan apabila darah dipam pada tekanan tinggi bagi mengelakkan dinding arteri daripada pecah
4. Komponen utama bagi pembentukan tendon di mana kolagen berfungsi menghubungkan otot dan tulang.
5. Salah satu daripada komponen kornea  mata dan saluran pencernaan.

Manfaat Kolagen

Kolagen bukan sahaja untuk kecantikan, malah untuk kesihatan dan kelangsingan.

1. Nutrisi antipenuaan
2. Merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
3. Suplemen pelbagai fungsi
4. Memperbaiki konsenstrasi hydroxyproline
5. Membantu tidur dan meningkatkan prestasi
6. Meningkatkan pembentukan otot
7. Menyokong baik pulih tisu penyokong terutamanya pada sendi
8. Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan.
9. Merupakan bahan protein yang baik untuk olahragawan
10. Mempercepat proses pemulihan kecederaan
11. Meningkatkan kewaspadaan mental
12. Membentuk dan menegangkan badan
13. Penurunan berat badan
14. Menguatkan rambut serta kuku
15. Menegangkan kulit sekaligus melambatkan penuaan

 RADIX Cocoa Collagen
 Untuk Pesanan & Pembelian, Sila WhatsApp: +6 017-936 1721
Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD


___________________________________
Sumber Rujukan: 
Dr, Faszly Rahim, Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Prof. Dr. Aminah Abdullah, 2015. Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam. Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment