www.facebook.com/herbacantikdansihat |
Spirulina atau
nama saintifiknya Athospira platensis merupakan sejenis rumpai laut
bewarna biru kehijauan yang mengandungi zat nutrisi yang tinggi. Warna hijau
pada spirulina menunjukkan kandungan klorofil yang berfungsi sebagai
penyahtoksik dalam tubuh. Selain menjadi sumber makanan kesihatan segera, ia
juga digunakan untuk tujuan perawatan dan perubatan bagi meningkatkan tahap
kesihatan seseorang.
Terdapat
beberapa nutrien penting dalam spirulina iaitu gamma-linolenic acid
(GLA), linolenic dan arachidonic acids, vitamin B12, zat besi,
kandungan protein yang tinggi sehingga 60-70 peratus, essential amino acids,
nucleic acids RNA dan DNA, chlorophyll, dan phycocyanin.
Pengambilan
spirulina sangat bermanfaat kepada mereka yang mempunyai hypoglycaemia
kerana kandungan protein yang tinggi membantu menstabilkan kadar gula dalam
darah. Selain daripada membekalkan nutrien kepada mereka yang mengalami masalah
cepat penat, kekurangan tenaga khususnya warga emas, spirulina secara tidak
langsung membantu membendung selera makan dan menjadikan seseorang yang
berpuasa sentiasa kekal bertenaga.
Antara kelebihan spirulina adalah seperti berikut:
- Membantu dalam sistem imunisasi tubuh.
- Meningkatkan pertumbuhan lactobacillus yang terdapat dalam usus bagi membantu proses pencernaan.
- Membantu dalam penyembuhan luka luar juga dalaman.
- Membekalkan zat dan mineral.
- Membantu mengatasi kelemahan tubuh badan.
- Sebagai bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak gemarkan sayuran hijau.
Antara zat dan
mineral yang terdapat dalam spirulina secara semulajadinya adalah:
- βeta Karotin untuk memperbaiki penglihatan.
- Vitamin B12 untuk membantu pembentukan sel darah merah.
- Zat Besi bagi menguatkan sel darah merah dalam sistem pertahanan badan.
- Karotenoids yang berfungsi sebagai antioksidan.
Hisham Mohamad
Herbalist
0 comments:
Post a Comment